MOVEHIGHLIGHTS – SCAMMER ALERT – PERHATIAN UNTUK #MOVEDERMAWAN

4 PERKARA PENTING TENTANG NGO MOVE

Baru2 ini MOVE telah dilanda cabaran sindiket penyamaran sebagai Wakil/Presiden/Direktor MOVE untuk mengaut keuntungan dengan mudah.

KAMI MENENTANG AKTIVITI TIDAK BERMORAL INI

PERTAMA: MOVE ADALAH NGO BERDAFTAR.


MOVE adalah NGO yang berdaftar secara rasmi pada 13 November 2017 dengan nombor pendaftaran: PPM-005-10-13112017

KEDUA: SATU AKAUN MAYBANK YANG AKTIF.

MOVE hanya ada satu akaun sahaja yang aktif. Akaun ini digunakan sepenuhnya didalam mana2 projek yang memerlukan kutipan sumbangan dana.

Maybank Islamic Berhad
Nama Akaun:
Malaysia Outreach Volunteer Experience
No. Akaun:
5623 4856 6865

MOVE tidak sesekali meminta dana menggunakan akaun peribadi mana2 individu ini termasuklah akaun Wakil/Presiden/Direktor MOVE dan setiap sumbangan disertakan sekali Kod Rujukan; Tertakluk kepada jenis projek.

KETIGA: 7 DIREKTOR LULUSKAN PROJEK YANG MEMERLUKAN SUMBANGAN DANA.

Mana2 projek yang dijalankan akan dibawa berbincang dengan pihak direktor sebelum diwar2kan kepada umum.

KEEMPAT: 3 DIREKTOR LULUSKAN KELUAR MASUK DANA UNTUK PROJEK/PENERIMA BANTUAN.

Sebarang urusan pengendalian kewangan kelulusan tiga (3) orang direktor diperlukan ini termasuklah urusan atas talian mahupun urusan buku cek dan proses mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah MOVE

PERINGATAN KHAS BUAT #MOVEDERMAWAN

Sila berhati2 dengan mana2 pihak yang berniat tidak baik kepada MOVE mahupun mana2 NGO/NGI lain yang berusaha menjalankan amanah yang dipikul dengan sepenuh hati.

Aktiviti tidak sihat ini iaitu menyamar sebagai wakil MOVE atau mana2 NGO/NGI adalah ditentang sama sekali.

Maklumat lanjut hubungi:
Syed Zainal 019-3770361

Nota:
MOVE tidak bertanggungjawab sekiranya ada dermawan yang telah memindahkan duit kepada mana2 individu yang menyamar sebagai Wakil/Presiden/Direktor MOVE.

Bersama kita doakan semoga mereka yang cuba menipu demi kepentingan sendiri diberikan hidayah oleh-NYA

Laporan polis telah dibuat bagi mengengkang kegiatan ini dan setakat ini makluman penyamaran dirahsiakan sementara waktu untuk tindakan pihak berkuasa

Yang benar,
SYED ZAINAL ABIDIN JAMALLULAIL Presiden MOVE
Pekeliling: 10 JUN 2019